
Bidas Orang Seni Yang Gilakan Publisiti
Tidak dapat dinafikan publisiti dan promosi adalah amat penting untuk setiap penggiat seni.
Tipulah sekiranya mereka mengatakan publisiti tidak membantu dalam menaikkan nama mereka.
Namun, menurut pelakon senior Faizal Hussein, sebagai seorang yang mempunyai minat mendalam dalam bidang yang diceburinya, mereka tidak seharusnya lebih menumpukan kepada publisiti semata-mata sebaliknya hasil kerja keras mereka akan terlihat dengan sendirinya sekiranya diberikan sepenuh hati.
“Dalam industri untuk jadi popular kena pandai ampu. Tapi sebenarnya kaki ampu tak ada bakat. Kalau mereka tak pandai pun, mereka akan buat lawak, jadi badut di lokasi penggambaran.
“Bagaimanapun, orang yang ada bakat, mereka tak banyak cakap, buat kerja dan sentiasa jaga displin. Apabila kita buat sesuatu kerja dengan penuh minat jadi tak timbul soal mengejar populariti,” katanya memetik laporan akhbar harian, baru-baru ini.
Bapa kepada dua cahaya mata ini juga berkata, segala kerja yang dilakukan dengan ikhlas pasti akan mendapat perhatian orang tanpa perlu mengejarnya.
Oleh: AUDREY LEE

Posting Komentar